Kertas manila
Kertas manila

Kertas manila

Kertas manila merupakan jenis kertas yang murah, biasanya dibuat melalui proses kurang halus berbanding jenis kertas yang lain, dan biasanya dibuat daripada gentian kayu separuh peluntur. Kertas manila sama kuat dengan kertas kraf tetapi yang membezakannya ialah kualiti cetakan yang lebih baik, seperti pengekalan pigmen yang lebih kuat. Kertas manila yang berwarna kuning pucat dan serat kertas biasanya boleh dilihat dengan mata kasar. Kertas manila biasa digunakan untuk membuat penyimpan fail dan sampul surat, masing-masing dikenali sebagai penyimpan fail manila dan sampul surat manila.[1][2] Sesetengah sekolah fesyen dan orang dalam industri fesyen menggunakan gulungan besar manila untuk mencipta corak pakaian yang dimuktamadkan. Disebabkan harga kertas manila terjangkau, ia biasanya diberikan kepada golongan kanak-kanak untuk membuat sebarang karya seni.[3]